


Tetamu Senja, oleh: A. Samad Said
Lahir tangis, menyapa keheningan tiba,
Tertulis kau lahir di alam fana,
Anugerah Al-Wahhab Tuhan yang Esa,
Rezeki, jodoh, ajal, qada dan qadar itulah nyata.
Dahulunya kau hanya budak hingusan,
Berlari kesana-ke sini tanpa lapisan malu,
Diulik fantasi riang permainan,
Bagai bersemayam di syurga idaman.
Tidak tahu tulis baca, berkaki ayam sudah biasa,
Tidak hirau jernih tangis wajah si tua.
Tidak mengerti pusingan global,
Tidak endah orang menang bicara,
Tidak faham arus roda saham,
Tidak peduli dilontar dijajah di ufuk sana.
Tapi.......
Ayah bondamu tidak begitu,
Mereka tidak mahu kau dicengkam kejahilan,
Secebis jemu hampa tiada.
Dihantar kau ke institusi maya,
Agar kau tidak hanyut di telan fana,
Bukan disuruh kau memgaut harta,
Apatah lagi memaut gila kuasa.
Biarpun urat-urat tua menarik usia,
Peluh kejam meragut segar jiwa,
Murka sang tedung tak pernah dihirau,
Gauman sang belang memecah dusun belukar,
Demi mu... sekalung gagah digengam jua.
Tapi.....
Ayah bondamu mendambakan mutiara berharga,
Yang diperbuat dari mapannya iman,
Yang disaluti pemacu taqwa,
Yang disinari kilauan doa.
Biarpun ayah bonda bersemadi di pusara abadi,
Selepas nafas suci bernyawa,
Cebisan nur doa di harap jua,
Selepas dihembus roh mewangi,
Bagi mengapai klimaks kemuliaan.
Oleh:Ramziana Bt Halidi



