Sunday, November 2, 2008




















Tetamu Senja, oleh: A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja,
Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya,
Kita datang ini kosong tangan dada,
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala,
Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang,
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan,
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang,
Usahlah derhaka pula,
Pada Tuhan kepada insan,
Bila kita lihat manusia lupa tempat,
Atau segera sesat puja darjatPuja pangkat,
Segera kita insaf kita ini punya kiblat,
Segera kita ingat kita ini punya tekad.
Bila kita lihat manusia terbiar larat,
Hingga mesti merempat ke laut biru,
Ke kuning darat,
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas,
Harus kita tegas sembah,
Seluruh rasa belas Kita datang ini satu roh satu jasad,
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat,
Kita datang ini satu roh satu jasad,
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat.


Puisi, Ar-Rahim

Lahir tangis, menyapa keheningan tiba,
Tertulis kau lahir di alam fana,
Anugerah Al-Wahhab Tuhan yang Esa,
Rezeki, jodoh, ajal, qada dan qadar itulah nyata.

Dahulunya kau hanya budak hingusan,
Berlari kesana-ke sini tanpa lapisan malu,
Diulik fantasi riang permainan,
Bagai bersemayam di syurga idaman.

Tidak tahu tulis baca, berkaki ayam sudah biasa,
Tidak hirau jernih tangis wajah si tua.
Tidak mengerti pusingan global,
Tidak endah orang menang bicara,
Tidak faham arus roda saham,
Tidak peduli dilontar dijajah di ufuk sana.

Tapi.......
Ayah bondamu tidak begitu,
Mereka tidak mahu kau dicengkam kejahilan,
Secebis jemu hampa tiada.

Dihantar kau ke institusi maya,
Agar kau tidak hanyut di telan fana,
Bukan disuruh kau memgaut harta,
Apatah lagi memaut gila kuasa.

Biarpun urat-urat tua menarik usia,
Peluh kejam meragut segar jiwa,
Murka sang tedung tak pernah dihirau,
Gauman sang belang memecah dusun belukar,
Demi mu... sekalung gagah digengam jua.

Tapi.....
Ayah bondamu mendambakan mutiara berharga,
Yang diperbuat dari mapannya iman,
Yang disaluti pemacu taqwa,
Yang disinari kilauan doa.

Biarpun ayah bonda bersemadi di pusara abadi,
Selepas nafas suci bernyawa,
Cebisan nur doa di harap jua,
Selepas dihembus roh mewangi,
Bagi mengapai klimaks kemuliaan.


Oleh:Ramziana Bt Halidi

2 comments:

MOHD SAIDI said...

Salam saudara...

Menghayati tetamu senja, tersedar akan hidup kita di alam fana ini hanya menumpang, tiada yang kekal, melainkan kehidupan yang akan datang.

ramziana@blogspot.com said...

Bait- bait kata sangat menyentuh hati