Sunday, November 2, 2008




















Tetamu Senja, oleh: A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja,
Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya,
Kita datang ini kosong tangan dada,
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala,
Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang,
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan,
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang,
Usahlah derhaka pula,
Pada Tuhan kepada insan,
Bila kita lihat manusia lupa tempat,
Atau segera sesat puja darjatPuja pangkat,
Segera kita insaf kita ini punya kiblat,
Segera kita ingat kita ini punya tekad.
Bila kita lihat manusia terbiar larat,
Hingga mesti merempat ke laut biru,
Ke kuning darat,
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas,
Harus kita tegas sembah,
Seluruh rasa belas Kita datang ini satu roh satu jasad,
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat,
Kita datang ini satu roh satu jasad,
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat.


Puisi, Ar-Rahim

Lahir tangis, menyapa keheningan tiba,
Tertulis kau lahir di alam fana,
Anugerah Al-Wahhab Tuhan yang Esa,
Rezeki, jodoh, ajal, qada dan qadar itulah nyata.

Dahulunya kau hanya budak hingusan,
Berlari kesana-ke sini tanpa lapisan malu,
Diulik fantasi riang permainan,
Bagai bersemayam di syurga idaman.

Tidak tahu tulis baca, berkaki ayam sudah biasa,
Tidak hirau jernih tangis wajah si tua.
Tidak mengerti pusingan global,
Tidak endah orang menang bicara,
Tidak faham arus roda saham,
Tidak peduli dilontar dijajah di ufuk sana.

Tapi.......
Ayah bondamu tidak begitu,
Mereka tidak mahu kau dicengkam kejahilan,
Secebis jemu hampa tiada.

Dihantar kau ke institusi maya,
Agar kau tidak hanyut di telan fana,
Bukan disuruh kau memgaut harta,
Apatah lagi memaut gila kuasa.

Biarpun urat-urat tua menarik usia,
Peluh kejam meragut segar jiwa,
Murka sang tedung tak pernah dihirau,
Gauman sang belang memecah dusun belukar,
Demi mu... sekalung gagah digengam jua.

Tapi.....
Ayah bondamu mendambakan mutiara berharga,
Yang diperbuat dari mapannya iman,
Yang disaluti pemacu taqwa,
Yang disinari kilauan doa.

Biarpun ayah bonda bersemadi di pusara abadi,
Selepas nafas suci bernyawa,
Cebisan nur doa di harap jua,
Selepas dihembus roh mewangi,
Bagi mengapai klimaks kemuliaan.


Oleh:Ramziana Bt Halidi

Saturday, November 1, 2008

Sinopsis Cerpen Bingkisan Burdah

*Kedengaran riuh-rendah dek leteran Puan Suraya yang sedang menegur salah seorang pekerjanya yang mencanting corak kain batik tidak mengikut cita rasanya.

*Hakikatnya, proses pembuatan batik melalui 3 tahap iaitu pewarnaan, pemberian lilin pada kain dan pelepasan lilin .

*Malam yang bertandang menyelubungi bayang hitam manusia. Sinaran bulan yang mengembangkan kuasa vetonya sedikit memercikkan cahaya lembutnya. Kebiasaannya Puan Suraya dan Encik Rasyid bagai kutu embun kerana sering sahaja keluar bersama-sama untuk makan di luar dan menemui sahabat-sahabatnya bagi tujuan perniagaan atau membazirkan jiwa masa mereka dengan berbual-bual.

*Tiba-tiba sahaja Puan Suraya dan Encik Rasyid tersentak mendengarkan Razif menjerit bak halilintar yang membatukan perbualan mereka dan terus sahaja meluru masuk ke dalam bilik Razif dan cuba menenangkannaya.

*Suatu hari kilang batik Puan Suraya didapati melakukan pencemaran alam sekitar kerana membuang sisa-sisa bahan kimia seperti dye, iaitu bahan pewarna, soda caustic, sodium silicate, gam arabik dan soda bicarbonat ke dalam longkang sekali gus bahan kimia tersebut turut mengalir di sungai berdekatan dan kilang batik Puan Suraya dikompaun sebanyak dua puluh ribu ringgit.


*Kamal telah diusir keluar dari rumah Encik Rasyid kerana beliau dan dan isterinya berasa rimas dengan kehadiran Kamal yang cuba menasihati dan mengajak mereka ke pangkal jalan. Namun tindakan kamal tidak pernah dihargai. Kamal sering mengalunkan Qasidah Burdah terutamanya selepas selesai solat dan sewaktu melayani karenah Razif walaupun Kamal sedar bahawa Razif tidak mengerti apa-apa yang diungkapankannya, tetapi Kamal nian yakin bahawa segala-galanya milik Allah S.W.T dan Kamal hanya bersandarkan kepada langit kepasrahannya terhadap segala usahanya.

_______________________________________________________
Qasidah Burdah

Burdah artinya mantel dan juga dikenali sebagai Bur’ah yang berarti shifa (kesembuhan). Imam Busyiri adalah seorang penyair yang suka memuji raja-raja untuk mendapatkan wang. Kemudian beliau ditimpa sakit faalij (setengah lumpuh) yang tidak kunjung sembuh .
Tidak lama kemudian beliau bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. yang memerintahkannya untuk menyusun syair yang memuji Rasulullah. Maka beliau mengarang Burdah dalam 10 fasal pada tahun 6-7 H. Selesai menyusun Burdah, beliau kembali mimpi bertemu Rasulullah yang menyelimutinya dengan Burdah (mantel). Ketika bangun, sembuhlah beliau dari sakit lumpuh yang dideritanya.
Qasidah Burdah ini tersebar ke seluruh penjuru bumi dari timur ke barat. Bahkan disyarahkan oleh sekitar 20 ulama, diantaranya yang terkenal adalah Imam Syaburkhiti dan Imam Baijuri. Tambahan pula Qasidah Burdah dicipta oleh Imam Busyiri ketika umat islam hampir putus asa dek gelombang perang Salib dengan orang-orang Kristian ketika itu.