Saturday, February 28, 2009














Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. Anak Kampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke England dan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama di mana-mana.
Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami ini berwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantar ke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah juga seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalah seperti ayahandanya.Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar. Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka, dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dan dakyah.

Ir Haji Mohammad Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya. Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusan luar negara; tapi juga seorang ‘ustaz’ yang sering mengajar di masjid dan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik, malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadar fasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyat Perak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliau berkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga. Jarang orang Melayu-Islam yang mampu bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnya berbahasa tamil. Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak ‘buluh betung’ yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah, Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang sama dengan mereka. Lalu beliau memudahkan ‘cerita’ dan Pak Arab setuju datang melabur ke Perak. Ir Nizar fasih juga berbahasa Arab!Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah.

Jika sudah bertahun di luar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasa Inggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudah jadi santapan biasa. Tapi sayang…seorang terhormat agama seperti ini difitnah oleh orang seagama, yang kemaruk kuasa.


MB yang boleh meyembelih lembu korban .Dalam sejarah politik Malaysia selepas merdeka, belum ada lagi pemimpin besar yang hebat seperti MB Nizar. Segala urusan bersangkut paut dengan agama Islam, MB Nizar boleh melakukannya. Sebutlah apa sahaja, insya Allah MB Nizar mampu buat. Imam solat lima waktu, imam pelbagai solat sunat, baca khutbah, tazkirah, doa & wirid, berzanzi, atau apa sahaja yang berkaitan dengan hukum hakam Islam, MB Nizar boleh mengepalainya.

MB Nizar membaca talkin untuk Arwah Roslan Shaharum . MB Nizar juga boleh bertutur dalam banyak bahasa. Bahkan beliau mampu menggunakan loghat Perak secara berkesan.Itulah MB Nizar.

Menteri Besar Perak.






Kehidupan manusia tidak lepas dari melalui pelbagai dugaan dan ujian. Bagi orang yang beriman semua ujian dan dugaan itu tidak lain hendaklah diyakini untuk menguji keimanan kita. Sebab itu lah segala ujian itu mestilah dilalui dengan sifat sabar dan berserah diri kepada Allah SWT.
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,."(Al Baqarah 155).

0 comments: